Senarai Blog Saya

Jumaat, 14 Julai 2017

TAKWIN SPBT



TAKWIN SPBT


BIL
 
TARIKH
                                           AKTIVITI
1
JANUARI
·         Mesyuarat Jawatankuasa SPBT sekolah 1.
·         Taklimat penyelaras SPBT kepada guru kelas untuk mengisi Borang SPBT G
 
2
Februari
·         Mengemaskini sistemfail.
·         Mengemaskini buku stok.
 
3
Mac
·         Menyediakan senarai terkini murid layak berdasarkan Sistem Maklumat Murid (SMM)/Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
·         Pesanan buku teks SPBT kegunaan tahun berikutnya melalui e-spbt
·         Ceramah penjagaan buku teks oleh Penolong Kanan Hem.
 
4
April
·         Mesyuarat Jawatankuasa SPBT sekolah 2.
·         Meningkatkan keceriaan BOSS / Pertandingan BOSS.
 
5
Mei
·         Mengadakan taklimat /kursus/program SPBT sekolah.
·         Pertandingan melukis poster ‘Sayangi Buku Teks.
 
6
Jun
·         Menjalankan pemantauan penjagaan buku di tangan murid oleh guru kelas.
·         Memohon pelupusan buku teks SPBT dengan melengkapkan Borang Arkib 2/08.
 
7
Julai
·         Mesyuarat Jawatankuasa SPBT sekolah 3.
·         Pelupusan : Melengkapkan Borang  Arkib 12/08.
 
8
Ogos
·          Bulan hargai buku teks,anugerah buku paling kemas dan cantik.
·         Memantau pelaksanaan pelan strategik.
 
9
September
·         Mesyuarat Jawatankuasa SPBT sekolah 4.
·         Melengkapkan borang BTLK untuk kegunaan agihan antara sekolah.
 
10
Oktober
·         Mengumpul semula buku teks SPBT daripada murid.
·         Mengagihkan buku teks SPBT kepada semua murid untuk sesi persekolahan tahun hadapan.
 
11
November
·         Mengemaskini buku stok SPBT.
·         Menyemak dan menutup kira-kira pada 31 Disember.

PERATURAN







PERATURAN

PENGGUNAAN  BILIK BOSS

 
1.      Guru-guru dan pengawas SPBT diizinkan menggunakan BOSS  serta kemudahan yang disediakan.
 
2.  Tanggalkan kasut sebelum masuk ke boss.
 
3.   Murid / Pengawas SPBT dikehendaki berpakaian seragam  sekolah atau Kokurikulum ketika berada di BOSS.
 4. Keizinan penggunaan bilik ketika waktu pembelajaran jika ada urusan penting dan mesti diiringi oleh guru. Penggunaan bilik selepas waktu persekolahan haruslah dimaklumkan  terlebih dahulu kepada guru SPBT serta direkodkan.
5.  Dilarang membuat bising, makan, minum atau berkelakuan tidak sopan semasa berada di BOSS.
6. Pastikan semua alat tulis, fail dan lain-lain peralatan dikembalikan di tempat asal setelah digunakan.
 7.  Pastikan meja dan kerusi disusun rapi, suis lampu serta kipas ditutup sebelum meninggalkan BOSS.
 8.  Kemas dan sentiasa menjaga kebersihan BOSS.
 
 
 
 
 
PERATURAN
PENGGUNAAN BUKU  SPBT
 
 
1.       Tuliskan nama, tahun dalam ruangan yang
disediakan pada kulit dalam buku teks.
 
                           2.  Balut semua buku teks yang telah diterima dengan
                                menggunakan sampul plastik.
 
3.     Dilarang menyimpan buku teks di dalam ruang
meja sekolah selepas sesi waktu persekolahan.
 
4.    Dilarang meninggalkan buku teks di kantin,
dewan sekolah atau di tempat awam lain.
 
5.     Buku yang telah hilang harus diganti dengan
buku yang baharu.
 
6.    Pastikan buku teks berada dalam keadaan yang
baik sepanjang tahun.
 
7. Dilarang menconteng atau mengoyakkan muka

surat buku.
 
 

PELAN KECEMASAN BOSS


Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks


Bilik Operasi

Skim Pinjaman Buku Teks

 

Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah ini telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.Sebuah bilik bersaiz 3 bay telah diperuntukkan untuk menyelia pengagihan buku-buku teks di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Tempat simpanan buku teks yang terurus adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS SJK (C) Chong Cheng ini dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu digunakan dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh murid-murid.

 

Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks, pihak kami sentiasa berusaha menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dan digunakan sebagai tempat untuk menguruskan pelbagai urusan berkaitan dengan SPBT. BOSS SJK (C) Chong Cheng mempunyai kemudahan dan prasarana seperti berikut:

 



 


*       Sebuah bilik bersaiz 3 bay

*       Rak buku

*       Meja dan kerusi

*       Kipas

*       Taman BOSS

*       Anjung BOSS

*       Alat Pemadam Api

*       Kawalan haiwan / serangga perosak

*       Kabinet / almari fail

*       Papan kenyataan 

*       Kaunter pinjaman 

*       Peralatan kecemasan

*       Komputer dan printer  

Sejarah Penubuhan Bilik BOSS




Sejarah Penubuhan Bilik BOSS

 

Pada awal kewujudannya, BOSS dikenali sebagai Bilik Skim Pinjaman Buku Teks. Pada ketika itu, bilik tersebut sering berpindah-randah mengikut keperluan masa. Pada tahun 2002, bilik BOSS terletak di Blok A, bersebelahan dengan pejabat. Pada mulanya, bilik itu tidak diberikan perhatian kerana dianggap sebagai tempat untuk menyimpankan lebihan buku teks sahaja.

Namun apabila jawatankuasa yang berwibawa dilantik, bilik BOSS sekolah ini telah memulakan langkah-langkah mempertingkatkan kemudahan, keceriaan dan menghasilkan inovasi yang berkaitan dengan SPBT melalui pelbagai projek SPBT.

Mulai 2010, bilik BOSS telah berpindah ke bangunan baru iaitu di blok B. Atas usaha dan inisiatif guru SPBT yang dibantu oleh guru-guru dan pihak pentadbir sekolah, kini bilik BOSS menjadi sebuah bilik yang cantik, selesa, kemas dan selamat serta dapat menjalankan aktiviti SPBT dengan efisien dan berkesan.
2010

2017
 
 
 

Isnin, 10 Julai 2017

CARTA ORGANISASI BOSS SJKC CHONG CHENG


PENGERUSI

TEH HEAN LAM (GB)

 

TIMBALAN PENGERUSI

THOR BEE LING (PKHEM)

 

PENYELARAS SPBT

WONG KHOON YIN

 

GURU SPBT

CHAN YUH TING

CHIA LEE LEE

 

AHLI JAWATANKUASA

TEH BENG AI (PK1)

LEE WEI KEAT (PKKO)

LIM CHUNG SZE (PKPT)

CHONG BEE KHIM

TANG SAU KWAN

TAN GEOK IM

TAN JING YING

YAP HUI LENG

CHEONG KHUAN EE