Senarai Blog Saya

Jumaat, 14 Julai 2017

Sejarah Penubuhan Bilik BOSS




Sejarah Penubuhan Bilik BOSS

 

Pada awal kewujudannya, BOSS dikenali sebagai Bilik Skim Pinjaman Buku Teks. Pada ketika itu, bilik tersebut sering berpindah-randah mengikut keperluan masa. Pada tahun 2002, bilik BOSS terletak di Blok A, bersebelahan dengan pejabat. Pada mulanya, bilik itu tidak diberikan perhatian kerana dianggap sebagai tempat untuk menyimpankan lebihan buku teks sahaja.

Namun apabila jawatankuasa yang berwibawa dilantik, bilik BOSS sekolah ini telah memulakan langkah-langkah mempertingkatkan kemudahan, keceriaan dan menghasilkan inovasi yang berkaitan dengan SPBT melalui pelbagai projek SPBT.

Mulai 2010, bilik BOSS telah berpindah ke bangunan baru iaitu di blok B. Atas usaha dan inisiatif guru SPBT yang dibantu oleh guru-guru dan pihak pentadbir sekolah, kini bilik BOSS menjadi sebuah bilik yang cantik, selesa, kemas dan selamat serta dapat menjalankan aktiviti SPBT dengan efisien dan berkesan.
2010

2017
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan